Sunday, 16 April 2017

Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Minyak Zaitun

cara hilang parut bekas jerawat guna minyak zaitun
Cara menghilangkan jerawat itu sebenarnya sangat mudah namun menjadi sukar jika ingin menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan sebarang parut bekas jerawat. Setelah jerawat berjaya dihilangkan, pastinya ada lagi masalah baru yang sering datang iaitu parut bekas jerawat. Jika anda ingin mengetahui cara menghilangkan parut bekas jerawat, silakan ke artikel sebelum ini.

Sekarang, tibalah masanya untuk cara menghilangkan parut bekas jerawat menggunakan minyak zaitun. Pertama sekali, anda tidak perlu risau dengan cara ini kerana ia tidak akan menyebabkan jerawat baru tumbuh di kulit wajah. Seperti yang dinyatakan di artikel sebelum ini, minyak sahaja tidak akan menyebabkan jerawat tumbuh. Minyak mestilah tersumbat di pori-pori kulit dan dijangkiti bakteria penyebab jerawat, barulah jerawat akan terbentuk. Sedangkan minyak zaitun adalah bahan bukan komedogenik secara semula jadi, atau dengan kata lain, tidak menyumbat pori-pori kulit.

Namun, pastikan anda cuci muka dengan bersih menggunakan sabun pencuci muka yang efektif membunuh bakteria dan menghilangkan minyak selepas mencuba mana-mana kaedah dalam artikel ini. Jika anda ingin mencuba cara lain, silakan ke artikel sebelum ini tentang cara-cara menghilangkan parut bekas jerawat.

Seterusnya, minyak zaitun kaya dengan vitamin-vitamin penting dan antioksida, yang menghalang toksin dan menghalang pelbagai jenis jangkitan. Minyak zaitun juga baik sebagai bahan antibakteria dan anti-radang yang mana penting untuk merawat jerawat dan menghilangkan parut bekas jerawat.

1. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Minyak Zaitun dan Jus Lemon.

cara hilang parut bekas jerawat guna minyak zaitun dan jus lemon

Walaupun sudah bercampur dengan minyak zaitun, namun penggunaan jus lemon untuk kulit berjerawat hendaklah dikurangkan dan dalam keadaan terkawal kerana lemon lebih mendorong selaran kulit seperti dalam artikel sebelum ini dan artikel tentang cara menghilangkan jerawat. Cara menghilangkan parut bekas jerawat menggunakan minyak zaitun dan lemon ialah campur dan kisar 1 sudu teh minyak zaitun dan separuh sudu teh jus lemon segar yang baru diperah bersama. Kemudian, celupkan kapas ke dalamnya dan sapukan ke parut bekas jerawat lalu biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian, bilas muka anda dengan air sejuk. Elakkan meletakkan jus lemon ke luka yang belum sembuh.

2. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Minyak Zaitun dan Madu.
cara hilang parut bekas jerawat guna minyak zaitun dan madu

Seperti yang dinyatakan di artikel sebelum ini, madu lebah adalah bahan semula jadi yang boleh dijadikan pelembab kulit. Selain itu, madu lebah juga antibakteria dan membantu merawat dan mencegah jerawat, melembabkan kulit dan menghilangkan parut bekas jerawat. Cara menghilangkan parut bekas jerawat menggunakan minyak zaitun dan madu lebah adalah campurkan minyak zaitun dan madu lebah mentah secara sama rata. Letakkan campuran itu ke kulit sambil mengurutnya dan biarkan selama 5 minit. Kemudian, rendamkan kain bersih ke dalam air suam dan perah. Letakkan kain itu ke kulit yang sudah diurut tadi dan tunggu sehingga kain tersebut menjadi dingin. Setelah itu, lap kulit anda dengan kain bersih dan cuci muka anda. Ulang sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

3. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Minyak Zaitun dan Wap Air Panas.
cara hilang parut bekas jerawat guna minyak zaitun dan wap air panas

Wap air panas dan air suam dapat membuka liang pori-pori kulit dan memudahkan anda membersihkannya. Manakala ais dan air sejuk dapat menutup liang pori-poru kulit dan menghalang jangkitan bakteria yang baru. Cara menghilangkan parut bekas jerawat menggunakan minyak zaitun dan wap air panas, urut kulit muka anda yang sudah bersih dengan minyak zaitun selama 5 minit dengan pergerakan membulat. Setelah itu, biarkan selama 10 minit sebelum meletakkan air panas yang baru mendidih ke dalam mangkuk yang tahan panas. Kemudian, dekatkan muka anda dengan mangkuk berisi air panas itu dengan berhati-hati sambil membiarkan wap panas ke muka selama 10 minit. Kemudian, bilas muka anda dengan air suam diikuti dengan air sejuk dan keringkan muka anda dengan tuala atau tisu kering dan bersih. Ulang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

4. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Minyak Zaitun dan Kunyit.
cara hilang parut bekas jerawat guna minyak zaitun dan kunyit

Kunyit adalah antiseptik semula jadi membuatkan ia dapat menghalang jangkitan bakteria yang menyebabkan jerawat di samping mengurangkan radang dan membantu penyembuhan kulit. Cara menghilangkan parut bekas jerawat menggunakan minyak zaitun dan kunyit, campurkan serbuk kunyit dan minyak zaitun secara sama rata untuk membuat pes. Kemudian, letakkan ia kulit muka yang basah dan biarkan selama 10 minit. Gunakan jari anda yang basah untuk mengurut pes tersebut. Setelah 10 minit, basuh muka anda dengan air sejuk dan keringkan menggunakan tuala atau tisu bersih dan kering. Ulang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

5. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Minyak Zaitun dan Minyak Pokok Teh.
cara hilang parut bekas jerawat guna minyak zaitun dan minyak pokok teh, tea tree oil

Minyak pokok teh atau tea tree oil adalah sejenis bahan yang merupakan antibakteria dan berkhasiat untuk menghalang pembentukan parut. Sedikit peringatan, minyak pati sangat berpoten dan hendaklah digunakan dalam kuantiti yang sedikit dan dicairkan sebelum diguna. Cara menghilangkan parut bekas jerawat menggunakan minyak zaitun dengan minyak pokok teh ialah dengan mencampurkan setengah sudu teh minyak zaitun dan 3 titik minyak pokok teh. Gunakan kapas yang bersih untuk meletakkan dan urut dengan lembut parut bekas jerawat dengan campuran tadi. Kemudian, biarkan selama 5 minit dengan air sejuk dan keringkan kulit anda dengan tuala atau tisu bersih. Ulang cara ini setiap hari.

6. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Minyak Zaitun dan Buah Pisang.
cara hilang parut bekas jerawat guna minyak zaitun dan pisang

Buah pisang bukan sahaja lazat dan mudah didapati, malah buah pisang juga mengandungi vitamin-vitamin yang boleh membantu menyuburkan kulit. Cara menghilangkan parut bekas jerawat menggunakan minyak zaitun dan buah pisang ialah dengan mencampurkan dan kisar 2 sudu minyak zaitun dan setengah buah pisang sehingga cukup halus. Letakkan campuran minyak zaitun dan buah pisang tadi ke kulit anda yang sudah bersih dan biarkan selama sekurang-kurangnya 5 minit sebelum dibilas dengan air suam diikuti dengan air sejuk lalu keringkan dengan tuala atau tisu bersih dan kering. Ulang cara ini setiap hari.

7. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Minyak Zaitun dan Gula.
cara hilang parut bekas jerawat guna minyak zaitun dan gula

Gula mengandungi asid glycolic dan membantu membuang sel-sel kulit yang sudah mati dan mendorong pembentukan sel kulit baru. Cara menghilangkan parut bekas jerawat menggunakan minyak zaitun dan buah pisang ialah dengan mencampurkan 2 sudu teh gula dan 1 sudu teh minyak zaitun dan 1/4 sudu teh jus lemon yang segar. Letakkan campuran itu ke kulit dan gosok perlahan-lahan selama 5 minit. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air sejuk dan keringkan dengan tuala atau tisu bersih dan kering.

Itulah 7 cara menghilangkan parut bekas jerawat menggunakan minyak zaitun. Jika anda ingin mencuba cara lain, silakan baca artikel tentang cara menghilangkan parut bekas jerawat sebelum ini. Parut bekas jerawat dapat dicegah jika jerawat juga dapat dicegah. Silakan baca artikel sebelum ini tentang cara-cara mencegah pembentukan jerawat.

No comments:

Post a Comment