Monday, 10 April 2017

Tips dan Cara Mudah Untuk Mencegah dan Menghilangkan Jerawat

cara cegah hilang jerawat
Sebelum ini, sudah ada artikel cara-cara menghilangkan jerawat menggunakan bahan-bahan semula jadi. Di dalam artikel itu, terdapat beberapa cara dan bahan semula jadi seperti buah, telur dan sayur yang berpotensi untuk menghilangkan jerawat. Dalam artikel ini pula, anda akan ketahui cara umum dan mudah untuk membuatkan jerawat anda hilang.

Cara-cara menghilangkan jerawat dalam artikel ini mungkin tidak cukup berkesan untuk mengatasi dan menghilangkan jerawat. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang kronik, disarankan untuk berjumpa doktor dan mendapatkan ubat daripada klinik atau hospital. Tetapi, anda masih dia-alukan untuk mencuba cara-cara menghilangkan jerawat dalam artikel ini.

Cara-cara untuk mengatasi masalah jerawat ialah...

1. Menghindari Stress Untuk Mencegah Jerawat.



tips cara cegah hilangkan jerawat

Jika anda membaca artikel tentang punca-punca pertumbuhan jerawat, anda mungkin sudah tahu stress adalah antara punca jerawat. Untuk menghilangkan jerawat, anda kenalah mengatasi punca yang menyebabkan jerawat boleh tumbuh di kulit muka dan badan anda. 

Stress menyebabkan seseorang lebih cenderung untuk mengkonsumi makanan yang berminyak. Makanan yang berminyak menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak sebum yang merupakan punca jerawat jika terjadinya penyumbatan dan pembiakan bakteria.

Stress dapat diatasi dengan melakukan meditasi, yoga, mendengar muzik dan sebagainya.

2. Cegah Jerawat Dengan Memakan Makanan Yang Sihat dan Kurang Minyak.

cara cegah hilang jerawat

Makanan yang mengandungi minyak menyebabkan jerawat lebih mudah untuk tumbuh di kulit muka dan badan anda. Cegah dan hilangkan jerawat hanya dengan mengurangkan makan makanan yang mengandungi minyak dan amalkan makan makanan yang sihat. Anda juga digalakkan untuk memperbanyakkan makanan vegetarian tanpa menggunakan minyak.

Boleh juga mengkonsumi daging atau makanan yang berminyak namun anda haruslah mengurangkannya supaya jerawat di kulit muka dan badan dapat dicegah atau dihilangkan.

3. Bersenam Membantu Menghilangkan Jerawat.

cara cegah hilang jerawat

Amalkan bersenam walaupun hanya selama lima minit sehari. Ini supaya badan anda sihat dan minda menjadi cerdas. Ia juga bermakna, stress juga dapat dikurangkan yang mana ia adalah punca jerawat. Senaman yang dilakukan adalah terpulang kepada anda namun digalakkan untuk melakukan senaman kardiovaskular. Dengan ini, bukan sahaja jerawat dapat dihilangkan atau diatasi, namun daya tahan jantung dan tubuh juga ditingkatkan. Dengan kata lain, supaya anda tidak cepat penat.

4. Rajinkan Mencuci Muka Untuk Menghilangkan Jerawat.

cara cegah hilang jerawat

Jerawat dapat dihilangkan dan dicegah jika anda rajin mencuci muka. Mencuci muka dengan konsisten dapat menghalang bakteria p. acne, iaitu bakteria punca jerawat daripada merebak atau menjangkiti kulit. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghilangkan minyak di kulit muka anda. Minyak dan bakteria p. acne, adalah punca utama jerawat. Pastikan anda mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

5. Jangan Pula Terlalu Kerap Mencuci Muka.

cara cegah hilang jerawat

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, cucilah muka sekurang-kurangya 2 kali sehari sahaja. Jika terlalu kerap, ia akan menyebabkan kulit muka anda kering yang mana boleh menyebabkan bintik-bintik hitam atau putih. Mencuci muka dapat menghilangkan jerawat, namun terlalu kerap mencuci muka tidak baik untuk kesihatan kulit muka.

6. Cegah dan Hilangkan Jerawat Dengan Mandi.

cara cegah hilang jerawat

Cara mudah untuk mencegah dan menghilangkan jerawat. Mandi dapat membersihkan kulit badan di samping membunuh pelbagai jenis bakteria termasuk bakteria punca jerawat. Bagi kita yang tinggal di negara garisan khatulistiwa, hendaklah mandi sekurang-kuranya 3 kali sehari untuk menghilangkan jerawat di samping membunuh bakteria penyebab bau badan.

7. Ganti Pakaian Anda Dengan Pakaian Yang Lebih Bersih.

cara cegah hilang jerawat

Cara ini dapat menghilangkan dan mencegah jerawat daripada tumbuh di kulit badan anda. Bakteria boleh didapati dari mana-mana sahaja termasuklah pakaian yang kotor dan lembab. Oleh itu, anda hendaklah sentiasa menukar pakaian anda jika perlu seperti apabila pakaian dipenuhi peluh.

8. Pakai Pakaian Yang Kering dan Hindari Pakaian Yang Lembab.

cara cegah hilang jerawat

Bakteria sangat aktif di kawasan yang lembab termasuklah bakteria punca jerawat. Oleh itu, pakaian anda hendaklah sentiasa kering dan bersih agar jerawat di badan dapat dicegah dan mudah dihilangkan. Anda juga hendaklah tahu bahawa kawasan yang lembab bukan sahaja tempat yang disukai bakteria tetapi juga tempat bakteria membiak.

9. Jangan Sentuh atau Garu Jerawat Untuk Mencegahnya Daripada Merebak.

cara cegah hilang jerawat

Menyentuh jerawat akan menyebabkan pemindahan bakteria dari kulit badan atau muka ke jari. Jika jari yang sudah ada bakteria jerawat digunakan untuk menggaru, kemungkinan jerawat akan tumbuh di kawasan yang baru digaru akibat daripada pemindahan bakteria jerawat dari jari ke kulit lain. Jangan sesekali garu jerawat anda supaya lebih mudah untuk menghilangkannya.

10. Gunakan Air Suam dan Air Sejuk Untuk Menghilangkan Jerawat.

cara cegah hilang jerawat

Setiap kali anda ingin mencuci muka, pastikan anda membilas dahulu muka anda dengan air suam agar liang pori-pori kulit terbuka dan memudahkan anda untuk membersihkan liang pori-pori. Kemudian, jika anda sudah mencuci muka menggunakan sabun pencuci muka, pastikan anda bilas muka anda dengan air sejuk pula agar liang pori-pori kecut atau tertutup untuk mencegah infeksi bakteria yang baru. Cara ini bukan sahaja boleh dilakukan di kulit muka, tetapi boleh juga di kulit badan ketika mandi. Dan rasanya, ini adalah antara cara yang paling mudah tapi berkesan untuk mencegah dan menghilangkan jerawat.

11. Tidur Sahaja Boleh Memudahkan Anda Untuk Menghilangkan Jerawat.

cara cegah hilang jerawat

Betul. Tidur yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 8 jam dapat mencegah dan memudahkan anda untuk menghilangkan jerawat. Hal ini kerana tidur yang cukup dapat menghindari stress yang merupakan antara punca jerawat.

12. Gunakan Alat Solek Bebas Minyak.

cara cegah hilang jerawat

Memakai alat solek yang mengandungi minyak hanya membantu jerawat untuk tumbuh di muka. Pastikan anda memakai alat solek yang berasaskan bahan mineral dan bebas minyak jika anda ingin menggunakan alat solek untuk menyembunyikan jerawat.

13. Minum Air Yang Banyak Untuk Menghilangkan Jerawat.

cara cegah hilang jerawat

Walaupun kita sering diberitahu untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, namun masih belum ditentukan jumlah air yang paling tepat untuk diminum. Meminum air dapat mencegah dan menghilangkan jerawat kerana ia dapat menyahtoksik dan menghilangkan bahan cemar yang terdapat di kulit. Pastikan air yang diminum adalah air masak atau mineral dan kurangkan minuman manis.

14. Jangan Guna Ubat Gigi, Lemon, Garam dan Serbuk Penaik.

Walaupun bahan-bahan ini seringkali dikatakan mungkin dapat menghilangkan jerawat, namun anda kena tahu ia juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit atau juga selaran kimia di kulit anda jika menggunakannya tanpa kawalan.

Teruskan memberus gigi menggunakan ubat gigi. Yang dimaksudkan di sini adalah jangan guna bahan-bahan ini di kulit sahaja.

15. Gunakan Bahan-bahan Semula Jadi Untuk Menghilangkan Jerawat.

cara cegah hilang jerawat

Banyak bahan-bahan semula jadi seperti tomato, buah betik, strawberri, oren, putih telur dan lain-lain berkhasiat untuk menghilangkan jerawat di kulit muka dan badan. Jika anda mahu mengetahuinya cara menghilangkan jerawat menggunakan bahan-bahan semula jadi, silakan ke cari di artikel sebelum ini atau klik sahaja tulisan link tersebut.

No comments:

Post a Comment