Tuesday, 11 April 2017

Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat

cara menghilangkan parut bekas jerawat
Setelah jerawat hilang, kini timbul pula masalah lain yang sering menjadi masalah di kalangan mereka yang sudah dan sedang mengalami masalah jerawat iaitu masalah parut bekas jerawat. Kesan daripada bekas jerawat ini menyebabkan adanya parut hitam dan merah di kulit wajah atau badan membuatkan kulit kelihatan tidak cantik.

Menghilangkan parut bekas jerawat itu selalunya mengambil masa yang agak lama. Ada di antara mereka yang walaupun sudah beberapa tahun tiada jerawat, namun parut bekas daripada jerawat itu masih ada. Perkara sama boleh terjadi kepada anda jika anda tidak mengambil apa-apa tindakan dari sekarang.

Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan parut bekas jerawat iaitu...

1. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Sayur Timun.

cara hilang parut bekas jerawat guna timun

Sayur timun mengandungi vitamin A, vitamin C, Vitamin B1 dan magnesium. Ini menjadikan sayur timun sangat baik untuk kesihatan kulit jadi tidak hairanlah mengapa sayur timun sering digunakan sebagai masker muka dan ada juga yang meletakkannya di mata (bukan biji mata). Cara untuk menghilangkan bekas jerawat menggunakan sayur timun, ialah hanya dengan memotong beberapa keping sayur timun dan meletakkannya di bahagian parut bekas jerawat di kulit muka anda selama sekurang-kurang setengah jam. Setelah itu, bolehlah anda mengalihkan sayur timun tersebut dan basuh muka anda dengan air sejuk. Lakukan setiap hari jika mahu.

2. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Jus Ubi Kentang.
cara hilang parut bekas jerawat ubi guna kentang

Ubi kentang kaya dengan mineral dan mengandungi vitamin dan sesuai untuk menjadikan kulit anda sihat. Cara untuk menghilangkan bekas jerawat menggunakan jus ubi kentang ialah dengan memotong sedikit ubi kentang yang masih segar dan letakkan ia di parut bekas jerawat di kulit muka. Boleh juga anda memotong beberapa keping ubi kentang secara tebal-tebal dan memicitnya untuk mengeluarkan jusnya untuk disapu di bekas jerawat. Pastikan anda biarkan jus ubi kentang berada di bekas jerawat di muka anda selama sekurang-kurangnya 15 minit sebelum membilasnya dengan air suam. Boleh dilakukan cara ini sebanyak sekali dalam sehari.

3. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Madu Lebah.
cara hilang parut bekas jerawat guna madu

Madu lebah adalah bahan semula jadi yang mengandungi khasiat dan sesuai sebagai bahan pelembab semula jadi untuk kulit muka. Madu lebah yang terbaik adalah madu lebah yang masih mentah atau dengan kata lain masih belum diproses. Cara untuk menghilangkan bekas jerawat menggunakan madu lebah yang masih mentah ialah dengan meletakkan atau menyapu madu lebah di parut bekas jerawat di kulit anda dan membiarkannya seberapa lama yang anda mahu. Boleh juga jika madu lebah itu ditambah dengan serbuk kayu manis sebanyak 2 sudu teh untuk membersihkan pori-pori kulit. Lakukan kaedah ini seberapa kerap yang anda mahu.

4. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Jus Lemon.
cara hilang parut bekas jerawat guna lemon

Jus lemon mengandungi asid hydroxy alpha (AHA) yang boleh digunakan untuk menghilangkan parut, mendorong pemulihan dan memulihkan semula atau membina semula kulit. Cara untuk menghilangkan bekas jerawat menggunakan jus lemon ialah dengan mendapatkan lemon dan memerahnya ke dalam sebuah mangkuk untuk mendapatkan jusnya. Celupkan kapas ke dalam mangkuk yang mengandungi jus lemon tadi lalu letakkannya ke parut bekas jerawat anda sehingga kering. Anda boleh menambah air ke dalam mangkuk tadi jika anda mempunyai kulit yang sensitif. Pastikan anda membilas muka anda dengan air sejuk selepas kapas itu kering dan sebelum memakai pelembab semula jadi seperti madu lebah tadi. Lakukan kaedah ini sebanyak sekali dalam 2 atau 3 hari.

Sedikit peringatan, jus lemon akan membuatkan kulit anda lebih sensitif terhadap radiasi UV jadi pastikan anda menjauhkan diri daripada cahaya matahari untuk sementara waktu bagi mengelakkan selaran. Dalam artikel tentang tips dan cara mudah untuk menghilangkan jerawat sebelum ini sudah diberitahu lemon boleh menyebabkan selaran kulit jika digunakan tanpa kawalan.

5. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Gel Lidah Buaya.

cara hilang parut bekas jerawat guna gel lidah buaya aloe vera

Gel lidah buaya atau aloe vera bukan sahaja berkhasiat untuk menghilangkan jerawat, ia juga berkesan untuk menghilangkan parut bekas jerawat di kulit muka. Anda boleh mendapatkan gel lidah buaya tanpa bahan campuran di pasaran atau mendapatkan gel lidah buaya yang segar daripada tumbuhan ini. Dapatkan gel daripada lidah buaya dengan memotong dan memicitnya atau dengan menggunakan cara lain jika ada. Cara untuk menghilangkan bekas jerawat menggunakan gel lidah buaya ialah dengan meletakkannya di parut bekas jerawat sambil mengurut kulit dan membiarkannya sehingga sekurang-kurangnya setengah jam.

6. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Dengan Memperbanyakkan Pengambilan Vitamin A.
cara hilang parut bekas jerawat guna vitamin a

Vitamin A adalah salah-satu nutrisi penting yang harus ada di dalam diet anda. Vitamin A bertindak seperti antioksida yang berkesan untuk menyihatkan kulit. Cara untuk menghilangkan bekas jerawat dengan menggunakan Vitamin A ialah dengan mengkonsumi makanan-makanan yang mengandungi Vitamin A di dalam diet anda. Vitamin A boleh didapati di dalam daging merah, telur, lobak, brokoli, labu, ubi kentang, aprikot, bayam dan sebagainya. Pastikan pengambilan Vitamin A anda seimbang dan tidak keterlaluan.

7. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Kulit Buah Oren.
cara hilang parut bekas jerawat guna kulit oren

Kulit buah oren bukan sahaja boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat seperti yang dinyatakan di dalam artikel sebelum ini, ia juga berkhasiat untuk menghilangkan parut bekas jerawat. Kulit buah oren juga mengandungi retinol, sejenis bahan yang mendorong pengelupasan kulit secara semula jadi dengan membuang sel-sel yang mati di permukaan kulit. Cara untuk menghilangkan bekas jerawat menggunakan kulit buah oren ialah dengan mengupas kulit buah oren dan mengeringkannya di bawah sinaran matahari. Pastikan ia betul-betul kering kerana ia akan dihancurkan untuk dijadikan serbuk yang halus. Campurkan serbuk daripada kulit buah oren dengan air mawar dan letakkan di parut bekas jerawat. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas. Pakai pelembab selepas membilas muka.

8. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Menggunakan Kiub Ais.

cara hilang parut bekas jerawat guna kiub ais

Cara termudah untuk menghilangkan parut bekas jerawat. Cara menghilangkan parut bekas jerawat menggunakan kiub ais ialah dengan membiarkan kiub ais berada di kawasan parut bekas jerawat selama 2, 3 minit sehingga kawasan kulit itu mula berasa kebas. Anda boleh menggunakan kain bersih atau tisu bersih untuk memegang air tersebut jika. Cara ini akan menjadikan lebih berkesan jika anda menggunakan kiub ais daripada teh hijau berbanding air biasa.

9. Cara Menghilangkan Parut Bekas Jerawat Dengan Menggunakan Ubat Daripada Klinik.
cara hilang parut bekas jerawat ubat klinik

Atau dengan kata lain, mendapatkan nasihat doktor jika parut bekas jerawat cukup teruk. Disarankan menggunakan cara yang sama untuk menghilangkan masalah jerawat yang kronik.
cara hilang parut bekas jerawat

Benar, anda tidak akan dapat parut bekas jerawat, jika tiada jerawat. Cegah jerawat sebelum tumbuh. Ketahui cara-cara mencegah jerawat di artikel cara-cara mencegah jerawat.

No comments:

Post a Comment