Wednesday, 19 April 2017

Cara Menghilangkan Jerawat di Badan

cara hilang jerawat di badan
Jerawat bukan sahaja tumbuh di bahagian kulit wajah, namun ia juga boleh tumbuh di bahagian badan. Ia tidak mengejutkan dan adalah perkara normal jika jerawat boleh tumbuh di kulit badan namun cukup menyusahkan. Malah, jerawat yang tumbuh di kulit badan lebih mudah merebak jika digaru dan pakaian tidak ditukar. Walaubagaimanapun, cara menghilangkan jerawat di badan agak mudah.

Pertama sekali, jika anda masih belum tahu, antara punca jerawat ialah bakteria p. acne. Bakteria ini bukan sahaja dapat menjangkiti kulit wajah namun juga kulit badan. Malah, kulit badanlah tempat ia lebih mudah merebak kerana ada bahagian badan yang jarang dibersihkan dengan betul misalnya belakang badan. Kerana itulah kebanyakan jerawat di badan tumbuh di belakang badan. Lain kali, pastikan anda mandi menggunakan sabun dan gosok dengan bersih supaya bakteria dapat dihilangkan.

Sebelum anda ketahui cara-cara menghilangkan jerawat di badan, anda kenalah tahu bagaimana boleh tumbuhnya jerawat di kulit badan. Cara jerawat boleh tumbuh dan merebak di kulit badan yang paling biasa ialah melalui garuan, pakaian yang kurang bersih, mandi tidak bersih, pakaian yang lembab dan lain-lain.

Punca-punca Jerawat di Kulit Badan Boleh Tumbuh.

1. Menggaru Kulit Berjerawat.

cara hilang jerawat badan

Kulit yang dijangkiti jerawat baik di kulit wajah atau badan tidak sepatutnya digaru. Menggaru hanya membuatkan bakteria p. acne mudah merebak. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan pemindahan bakteria daripada jerawat ke jari. Jari yang sudah ada bakteria penyebab jerawat akan memudahkan jerawat merebak apabila ia digunakan untuk menggaru kulit lain.

2. Pakaian Lembab dan Kurang Bersih.
cara hilang jerawat badan

Pakaian yang tidak bersih sudah tentu mengandungi bakteria. Tidak dinafikan kemungkinan besar bakteria p. acne iaitu bakteria penyebab jerawat boleh ada di pakaian yang tidak bersih. Manakala pakaian yang lembab memudahkan bakteria membiak. Kerana itulah pakaian anda harus betul-betul kering di bawah sinaran matahari setelah dicuci.

3. Mandi Tidak Bersih.
cara hilang jerawat badan

Mandi yang tidak bersih bermakna mandi tanpa menumpukan di kawasan yang mudah dijangkiti bakteria misalnya bawah lengan, kelengkang, belakang badan dan lain-lain jika ada. Walaupun belakang badan sukar dibersihkan, namun tidak membersihkannya langsung hanya mendorong jerawat tumbuh.

4. Tangan Tidak Bersih.
cara hilang jerawat badan

Bakteria sering ada di kulit tangan. Kerana itulah anda harus sentiasa mencuci tangan terutama setelah menyentuh jerawat baik jerawat sendiri atau jerawat orang lain.

Itu adalah antara punca-punca jerawat boleh tumbuh di kulit badan. Sekarang, anda sudah faham jadi lebih baik teruskan membaca cara-cara menghilangkan jerawat di kulit badan.

1. Cara Menghilangkan Jerawat di Badan Dengan Mandi.
cara hilang jerawat badan

Anda kenalah mandi sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sehari dengan bersih dan digalakkan menggunakan sabun yang lebih mementingkan penghapusan bakteria berbanding bau wangi semata-mata seperti sabun Dettol, Antabax, Lifebuoy dan lain-lain. Anda juga menggosok dengan betul tapi bukan terlalu kuat atau kasar tapi bukan juga terlalu lembut.

Untuk menghilangkan jerawat di belakang badan, gunakan kain yang bersih dan gosokkan sabun di kain tersebut. Pastikan kain cukup panjang supaya senang untuk menggosok belakang badan. Pastikan kain tersebut sering diganti. Anda juga digalakkan menggunakan penggosok belakang.

2. Pastikan Badan Kekal Kering Supaya Mudah Menghilangkan dan Mencegah Jerawat di Badan.
cara hilang jerawat badan

Setelah mandi, lap badan anda menggunakan tuala yang bersih dan kering. Tuala tersebut pula hendaklah sentiasa dijemur di bawah sinaran matahari supaya dapat menghilangkan bakteria termasuk penyebab jerawat. Pakaian juga hendaklah kekal kering bermakna jika anda berpeluh, disarankan tukar pakaian jika perlu untuk mencegah jerawat dan mengurangkan bau badan.

3. Cara Menghilangkan Jerawat di Badan Dengan Mandi Menggunakan Air Suam dan Air Sejuk.
cara hilang jerawat badan

Jika boleh, anda boleh mandi menggunakan air suam. Air suam dapat membuka pori-pori kulit dan memudahkan pembersihan pori-pori. Kemudian, bilas badan dengan air sejuk supaya pori-pori kulit kecut. Ini akan dapat menghalang dan mengurangkan infeksi bakteria penyebab jerawat. Cara ini adalah antara cara termudah untuk menghilangkan jerawat di badan.

4. Memperbanyakkan Diri Terkena Cahaya Matahari Supaya Dapat Menghilangkan Jerawat.
cara hilang jerawat badan

Ramai yang takut terkena cahaya matahari kerana takut warna kulit menjadi gelap sedangkan bakteria tidak suka cahaya matahari. Jika anda ingin menggunakan cahaya matahari untuk menghilangkan jerawat, pastikan anda memakai losyen anti uv supaya tidak terkena selaran kulit.

5. Pastikan Pakaian Kekal Bersih dan Kering Supaya Mudah Menghilangkan Jerawat di Badan.
cara hilang jerawat badan

Jerawat datang daripada bakteria. Bakteria datang daripada pakaian. Pakaian anda hendaklah sentiasa bersih dan betul-betul kering di bawah sinaran cahaya matahari. Pakaian yang lembab akan memudahkan pembiakan bakteria kerana bakteria sering membiak di kawasan lembab. Pastikan juga pakaian anda selesa dan tidak terlalu ketat serta tidak menyebabkan gatal-gatal untuk menghindari anda daripada menggaru jerawat.

6. Cara Menghilangkan Jerawat di Badan Menggunakan Ais.
cara hilang jerawat badan

Ais bukan sahaja dapat mengurangkan bengkak dan radang, ia juga boleh digunakan sebagai cara untuk menghilangkan jerawat seperti yang dinyatakan di artikel sebelum ini. Ais juga dapat mengecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan infeksi dan penyumbatan pori-pori. Anda boleh gunakan jus timun, jus oren, atau air mawar sebagai ganti air untuk dibekukan menjadi ais. Untuk menghilangkan jerawat di badan menggunakan ais, letakkan ais di bahagian jerawat anda sehingga ais cair. Pastikan kulit anda sudah dibersihkan dahulu. Tunggu selama 5 minit sebelum dikeringkan dengan tuala atau tisu kering dan bersih.

7. Cara Menghilangkan Jerawat di Badan Dengan Bahan-bahan Semula Jadi.
cara hilang jerawat badan

Banyak bahan semula jadi yang berkhasiat untuk menghilangkan jerawat misalnya madu lebah, jus buah oren, tomato, buah betik, gel lidah buaya atau aloe vera dan lain-lain. Silakan ke artikel sebelum ini jika anda ingin tahu cara-cara menghilangkan jerawat menggunakan bahan-bahan semula jadi.

8. Pastikan Tempat Tidur Sentiasa Bersih Untuk Memudahkan Jerawat Hilang dan Mencegahnya.
cara hilang jerawat badan

Tempat tidur yang kurang bersih biasanya menjadi bakteria membiak sedangkan ia adalah tempat anda berbaring selama beberapa jam setiap malam. Oleh itu, untuk menghilangkan jerawat di badan, pastikan tempat tidur sentiasa bersih. Cara membersihkan tempat tidur ialah dengan merajinkan diri untuk membersihkannya daripada habuk, dan sering menjemur bantal, selimut dan cadar di bawah panas matahari. Pastikan tilam juga sering disemburkan dengan penyembur yang membunuh bakteria seperti febreze dan lain-lain.

9. Dapatkan Nasihat Doktor Untuk Menghilangkan Jerawat.
cara hilang jerawat badan

Jika jerawat sudah cukup teruk tidak kira sama ada di kulit badan atau wajah, anda disarankan berjumpa dengan doktor. Kos ubat daripada klinik mungkin mahal namun jika anda mampu dan buntu, lebih baik ke klinik supaya dapat menghilangkan jerawat. Tetapi, jika anda ragu-ragu, silakan cuba menggunakan bahan semula jadi untuk menghilangkan jerawat atau lebih baik jika anda mencegah jerawat daripada tumbuh.

No comments:

Post a Comment