Ramai orang terutama remaja yang sedang akil baligh dan mereka yang mempunyai masalah jerawat yang agak teruk berusaha untuk menghilangkan jerawat namun ada masanya di mana mereka tidak mempunyai cukup wang untuk membeli ubat jerawat. Ada juga yang sudah tahu cara menghilangkan jerawat namun tidak tahu di manakah untuk mencari bahan-bahannya.
Namun, dalam artikel kali ini, anda tidak perlu risau jika anda tidak tahu dari mana untuk mencari bahan untuk menghilangkan jerawat kerana anda boleh membuatnya sendiri di rumah tanpa menghiraukan bentuknya. Seperti yang dinyatakan di tajuk di atas, artikel kali ini adalah tentang cara menghilangkan jerawat menggunakan ais.
Ais mudah didapati. Anda juga boleh membuatnya sendiri di rumah. Saya sarankan, anda masak dulu air yang akan dibekukan menjadi ais untuk membunuh bakteria. Walaupun bakteria akan menjadi tidak aktif di suhu yang sangat dingin, namun lebih baik jika anda membunuhnya dahulu supaya lebih bersih dan bekukan di dalam peti sejuk semasa masih suam. Ya, suam bukan panas.
Mungkin anda tertanya-tanya mengapa ais boleh digunakan sebagai cara mudah untuk menghilangkan jerawat. Jika anda ada baca artikel sebelum ini, sudah dinyatakan air sejuk boleh mengecutkan pori-pori kulit. Ais juga boleh melakukan hal yang sama. Ini boleh membantu untuk menghalang lebih banyak infeksi bakteria penyebab jerawat di kulit wajah.
Selain itu, ais juga dapat mengurangkan kemerahan kulit, bengkak, dan radang. Ais juga boleh mengurangkan kesakitan, gatal, dan lecur. Juga berkesan untuk mengatasi masalah parut bekas jerawat terutama parut bekas jerawat yang masih merah. Seperti yang dinyatakan tadi, ais dapat mengecutkan dan mengecilkan pori-pori kulit yang dapat mengurangkan infeksi bakteria penyebab jerawat dan juga dapat mengurangkan penyumbatan pori-pori kulit. Dikatakan juga ia dapat membersihkan kotoran, sel kulit yang sudah mati, dan lain-lain yang dapat menyumbang penyumbatan pori-pori kulit.
(Baca juga > CARA MENGHILANGKAN JERAWAT DI BADAN)
Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Kiub Ais.
Dalam artikel sebelum ini tentang cara-cara menghilangkan parut bekas jerawat, kiub ais berkesan untuk menghilangkan parut bekas jerawat. Tapi tahukah anda ia juga boleh digunakan sebagai cara untuk merawat jerawat?
1. Cuci dan bersihkan muka anda. Kemudian keringkan mengguanak tuala atau tisu kering dan bersih.
2. Ambil seketul kiub ais dan gunakannya untuk mengurut seluruh kulit wajah secara perlahan-lahan dan membentuk bulatan.
3. Keringkan wajah anda sebaik sahaja kiub ais sudah habis.
4. Pakai ubat jerawat yang mengandungi asid salicyclic atau benzoyl peroxide.
5. Ulang sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Ais dan Jus Lemon.
Jus lemon boleh membunuh bakteria termasuk bakteria penyebab jerawat. Ia juga sering digunakan untuk merawat parut bekas jerawat. Cara-cara menggunakan ais jus lemon untuk menghilangkan jerawat ialah...
1. Perah jus daripada 4 biji lemon dan campurkan ke dalam satu bekas dan campurkan lagi 2 cawan air. Kacau sehingga sebati.
2. Letakkan air campuran tadi ke dalam acuan kiub ais. Rasanya hampir semua peti sejuk sudah disediakan acuan ini. Tunggu sehingga ia membeku.
3. Cuci dan bersihkan wajah anda dengan pencuci muka dan bilas menggunakan air suam sebelum dikeringkan dengan tuala atau tisu kering dan bersih.
4. Ambil ais jus lemon yang anda bekukan tadi dan gosokkan ke wajah anda secara perlahan-lahan dan membulat. Tumpukan di kawasan kulit wajah yang dijangkiti jerawat.
5. Setelah ais sudah cair, tunggu selama 5 minit sebelum dibilas dengan air suam. Keringkan dengan tuala atau tisu kering dan bersih.
6. Sebaiknya anda memakai losyen anti uv sekiranya anda hendak keluar untuk melindungi kulit anda daripada selaran matahari. Seperti yang dinyatakan di dalam artikel sebelum ini tentang cara menghilangkan parut bekas jerawat, lemon mengurangkan daya tahan kulit anda terhadap radiasi uv.
Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Ais dan Jus Buah Oren.
Seperti yang dinyatakan di dalam artikel sebelum ini, buah oren mengandungi Vitamin C dan asid askorbik menjadikannya berkhasiat untuk menghilangkan jerawat. Bukan jus buah oren sahaja, kulitnya juga berkhasiat untuk menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat.
1. Perah 4 biji buah oren ke dalam sebuah bekas bersama 2 cawan air. Kacau beberapa saat supaya sebati.
2. Masukkan campuran jus buah oren dan 2 cawan air tadi ke dalam acuan ais dan bekukan di dalam peti sejuk.
3. Setelah ais sudah beku, bersihkan wajah anda dengan sabun pencuci muka dan bilas dengan air suam. Keringkan wajah anda menggunakan tuala atau tisu yang kering dan bersih.
4. Keluarkan seketul daripada ais tadi daripada peti sejuk. Letak dan gosok perlahan-lahan di wajah anda dalam bentuk membulat. Tumpukan di bahagian yang dijangkiti jerawat.
5. Setelah ais sudah cair, biarkan wajah anda kering dengan sendiri sebelum dibilas dengan air suam diikuti dengan air sejuk.
6. Digalakkan memakai madu lebah sebagai pelembab selepas mencuba cara ini.
Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Kiub Ais dan Minyak Pokok Teh.
Minyak pokok teh atau tea tree oil merupakan bahan antibakteria, anti-kulat, antiseptik dan juga dapat menghalang pembentukan parut bekas jerawat seperti yang dinyatakan di dalam artikel sebelum ini. Ia juga dapat mengawal minyak dan berkesan membunuh bakteria. Diingatkan lagi bahawa minyak pati sangat berpoten dan harus digunakan dalam kuantiti yang sedikit dan dalam keadaan cair. Cara menghilangkan menggunakan ais dan minyak pokok teh ialah...
1. Campurkan 5 titik minyak pokok teh ke dalam 1/4 cawan air.
2. Bersihkan dulu wajah anda dengan pencuci muka dan bilas dengan air suam. Keringkan menggunakan tuala atau tisu bersih dan kering.
3. Gunakan kiub ais untuk mengurut kulit wajah dalam pergerakan membulat. Tumpukan di bahagian yang dijangkiti jerawat.
4. Apabila ais sudah cair, keringkan kulit anda dengan tuala atau tisu bersih.
5. Gunakan jari yang bersih dicelupkan ke dalam campuran air dan minyak pokok teh tadi lalu menggunakannya untuk mengurut kulit wajah anda yang dijangkiti jerawat.
6. Biarkan selama 5 minit, dan bilas menggunakan air sejuk dan keringkan menggunakan tuala atau tisu bersih.
7. Ulang setiap hari. Namun pastikan anda tiada alahan terhadap minyak pokok teh.
Cara Menghilangkan Jerawat Menggunkan Ais dan Bunga Mawar.
Bunga mawar adalah astringen semula jadi dan boleh mengecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pertumbuhan jerawat. Air bunga mawar juga mengandungi vitamin A, C dan E baik untuk kulit. Anda boleh membuat sendiri air bunga mawar. Caranya ialah...
1. Ambil beberapa kuntum bunga mawar. Sebaiknya jangan dicuri.
2. Bersihkan bunga-bunga mawar tadi dengan air bersih.
3. Rebus bunga-bunga mawar yang sudah dibersihkan tadi sehingga warnanya menjadi pucat.
4. Saring atau tapis air rebusan tadi dengan penapis atau saringan yang bersih. Masukkan air saringan atau tapisan tadi ke dalam botol atau bekas bewarna gelap.
Kini, anda sudah tahu cara membuat air bunga mawar sendiri. Tibalah masanya untuk cara menghilangkan jerawat menggunakan ais bunga mawar...
1. Masukkan air bunga mawar ke dalam acuan ais dan bekukan di dalam peti sejuk.
2. Cuci dan bersihkan wajah anda dengan pencuci muka dan bilas menggunakan air suam dan keringkan menggunakan tuala atau tisu kering dan bersih.
3. Gunakan ais bunga mawar yang anda bekukan tadi untuk mengurut kulit anda dan pergerakan membulat dan tumpukan di kawasan yang ditumbuhi jerawat.
4. Setelah ais sudah cair, tunggu dan biarkan selama 5 minit sebelum dikeringkan dengan tuala atau tisu bersih.
5. Ulang 2 hingga 3 kali sehari. Anda boleh gantikan air bunga mawar dengan jus timun.
Itu sahaja cara-cara untuk menghilangkan jerawat menggunakan ais dalam artikel ini. Anda boleh cuba cara menghilangkan jerawat menggunakan madu lebah di artikel sebelum ini. Sedikit peringatan, cara ini tidak berkesan begitu sahaja, anda hendaklah mencuba sekurang-kurangnya sebulan untuk melihat kesannya. Jika anda ingin cuba cara lain, silakan ke artikel cara-cara menghilangkan jerawat menggunakan bahan-bahan semula jadi.
No comments:
Post a Comment