Dalam artikel sebelum ini, sudah dijelaskan penyebab atau punca-punca terjadinya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah atau anggota badan yang lain. Namun, kali ini, anda akan tahu penyebab atau punca-punca jerawat dengan lebih jelas kerana maklumat-maklumat yang akan diketahui sebentar sahaja lagi bersifat lebih terperinci.
Sebelum itu, diingatkan kepada semua pembaca bahawa info dalam artikel ini penting. Hal ini kerana dengan mengetahuinya sahaja anda sepatutnya boleh mengagak apakah cara yang betul untuk mengatasi masalah jerawat dan cara-cara mencegah pertumbuhan jerawat. Bahkan, melalui artikel ini, anda tidak perlu risau tentang kos perbelanjaan untuk membeli ubat jerawat yang mahal harganya kerana cara pencegahannya agak mudah jika punca-punca jerawat sudah diketahui.
Terdapat pelbagai punca jerawat. Namun, punca-punca utama yang sering menyebabkan adanya jerawat pada kulit wajah dan badan antaranya ialah minyak berlebihan, jangkitan bakteria, hormon dan penyakit yang memberi punca jerawat seperti penyakit resdung. Bagi mereka yang mempunyai resdung yang sangat aktif, pasti pernah mengalami jerawat yang bukan seperti jerawat biasa seperti membengkak.
Punca pertama jerawat ialah...
1. Hormon.
Aktiviti hormon seperti ketika menstruasi atau datang haid dan akil baligh berkemungkinan membantu pembentukan jerawat pada kulit wajah dan badan. Ketika akil baligh, hormon seks yang dinamakan androgen menyebabkan kelenjar folikel semakin membesar dan menghasilkan lebih banyak sebum yang berminyak.
Antara hormon yang menjadi punca pembentukan jerawat ialah testosterone androgen, dihydrotestosterone (DHT) dan dehydroepiandrosterone (DHEA) manakala jumlah hormon tumbusaran yang tinggi (GH) dan hormon faktor tumbusaran yang bersifat seperti insulin 1 (IGF-1) telah mengakibatkan jerawat-jerawat semakin teruk.
2. Jangkitan Bakteria.
Terdapat sejenis bakteria yang disyaki menjadi punca jerawat iaitu Propionibacterium acne (p. acne) walaupun peranan p. acne masih tidak jelas. Tetapi, terdapat sub-jenis spesifik daripada bakteria ini yang berkaitan dengan kulit normal, radang jerawat yang sederhana atau teruk. Masih belum pasti sama ada sub-jenis bakteria ini berkembang di kawasannya atau didapati atau mungkin juga kedua-duanya, bergantung kepada individu tersebut. Sub-jenis bakteria ini mempunyai kebolehan untuk menukar, mengekalkan, menyesuaikan diri dengan kitaran yang tidak normal daripada radang jerawat, menghasilkan minyak dan kebolehan untuk penyelumuran sel kulit mati daripada pori-pori jerawat.
3. Makanan yang Berminyak.
Makanan yang berminyak menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan daripada kelenjar minyak. Hal ini akan menyebabkan pori-pori tersumbat dan kemudian menyebabkan kantungan nanah yang dipanggil jerawat. Seseorang yang mengkonsumi makanan berminyak terlalu banyak bukan sahaja mengancam kesihatan tubuh badan malahan juga kesihatan kulit.
Selain itu, minyak juga bukan sahaja boleh didapati pada makanan-makanan yang bergoreng tetapi juga makanan-makanan ringan seperti keropok, kuih malahan sayur-sayuran juga sering dimasak menggunakan minyak. Pendek kata, semakin banyak seseorang mengkonsumi makanan yang mengandungi minyak, maka semakin mudah dia mendapat jerawat.
4. Sel-Sel Kulit yang Sudah Mati.
Kita sudah tahu minyak adalah punca jerawat dan ia dihasilkan melalui kelenjar minyak yang dihasilkan oleh hormon androgen. Namun, jerawat akan timbul apabila kelenjar minyak bercampur dengan sel kulit mati. Ketika sel-sel kulit yang sudah mati bercampur dengan debu atau kotoran yang cukup banyak, ia akan menyumbat pori-pori kulit dan membentuk bintik-bintik hitam atau putih.
Ini juga salah satu sebab mengapa jerawat bukan sahaja boleh tumbuh di wajah, namun juga di bahagian tubuh yang lain seperti punggung, dada dan lengan atas. Bukan wajah sahaja yang mempunyai sel kulit mati dan dapat bercampur dengan debu atau kotoran.
5. Stress.
Stress boleh menjadi punca jerawat. Seseorang yang stress akan lebih cenderung untuk mengkonsumi makanan-makanan yang manis dan berminyak sebagai salah-satu daripada pelbagai cara untuk menghilangkan stress. Seperti yang sudah kita ketahui, makanan yang berminyak menjadi salah-satu faktor pembentukan jerawat pada kulit wajah dan bahagian badan yang lain.
Ini juga salah-satu sebab mengapa remaja yang sedang akil baligh mudah mendapat jerawat. Mereka yang sedang akil baligh mudah mendapat stress yang merupakan punca jerawat.
6. Bahan Kosmetik dan Ubat-ubatan.
Terdapat pelbagai produk kosmetik yang mengandungi bahan seperti minyak dan bedak yang banyak. Minyak memang umum diketahui sebagai salah-satu punca pembentukan jerawat manakala bahan seperti bedak dapat menyumbat pori-pori kulit yang akan membentuk jerawat dan bintik-bintik putih atau hitam.
Manakala pengambilan ubat kortikosteroid dapat mengurangkan daya tahan tubuh. Daya tahan tubuh yang berkurangan akan menjadikan bakteria-bakteria termasuk bakteria penyebab jerawat menjadi lebih aktif.
7. Persekitaran yang Berdebu dan Kurang Bersih.
Seperti yang dinyatakan di atas, debu boleh bercampur dengan sel-sel kulit yang sudah mati yang mana juga bercampur dengan kelenjar minyak dan kemudian akan menyumbat pori-pori kulit dan seterusnya membentuk jerawat dan bintik-bintik hitam atau putih. Selain itu, persekitaran yang kurang bersih mendedahkan kulit anda dengan bakteria p. acne yang disyaki punca pertumbuhan jerawat.
8. Tabiat Suka Menggaru dan Memicit Jerawat.
Menggaru jerawat dapat menyebabkan bakteria merebak. Apabila seseorang menggaru atau memicit jerawat baik jerawat pada wajahnya atau orang lain, bakteria jerawat itu akan berpindah ke jari dan kuku si penggaru dan pemicit. Bakteria jerawat pula akan berpindah ke bahagian muka atau tubuhnya yang lain jika tangan yang sama menggaru muka atau badannya sendiri dan kemudian meyebabkan pertumbuhan jerawat. Oleh itu, jangan amalkan tabiat menggaru jerawat dan pastikan tangan anda sentiasa bersih.
9. Alat-alat Elektronik.
Sebagai contoh, telefon bimbit. Skrin telefon bimbit anda adalah tempat yang subur bagi bakteria. Salah-satu cara jangkitan adalah di mana anda melekapkan telefon bimbit ke pipi ketika memanggil atau menjawab panggilan. Bukan sahaja telefon bimbit malah alat kawalan televisyen juga sama. Alat kawalan televisyen adalah tempat di mana kita saling bertukar-tukar bakteria tanpa disedari. Bakteria dari tangan lain akan sampai ke alat kawalan televisyen dan kemudian orang lain yang memegangnya akan menerima bakteria dari orang yang memegangnya sebelum ini.
10. Resdung.
Orang yang menghidapi penyakit resdung menghasilkan lebih banyak lebihan minyak pada wajah dan telinga. Tidak hairanlah mengapa jerawat boleh tumbuh di telinga terutama bagi mereka yang mempunyai masalah resdung.
11. Pakaian yang Lembab dan Kurang Bersih.
Bakteria sangat suka tempat yang lembab kerana tempat yang lembab adalah tempat untuk ia membiak. Mereka yang memakai pakaian yang lembab dan kurang bersih berpotensi mendapat jerawat di kawasan badan. Salah-satu contoh faktor pakaian lembab ialah peluh daripada badan si pemakai. Oleh itu, pastikan anda menukar pakaian sekiranya pakaian anda lembab dengan pakaian yang kering dan bersih.
Itulah antara punca-punca bagaimana jerawat boleh tumbuh di wajah atau bahagian badan yang lain. Harap melalui pengetahuan punca jerawat, anda lebih berhati-hati dan tahu bagaimana cara untuk mencegah pembentukan jerawat.
No comments:
Post a Comment